GURU CEMERLANG PENDIDIKAN ISLAM SMKTBM

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, dapat juga saya membina blog sendiri, bukannya apa cuma ingin berkongsi maklumat dengan saudara / saudari dalam bidang pendidikan khususnya...Buat anak didikku, banyak yang ingin saya sampaikan kekadang tidak kesampaian, mungkin kerana kesibukan gurumu, tetapi percayalah saya tidak akan membiarkan kamu tanpa bimbingan...dan inilah salah satu cara kamu boleh mendapatkan ilmu...mudah2an ia membawa makna dalam hidup kalian...Moga Allah memberkati segala usaha murni kita ini..Amin..
Buat suami tersayang, anak-anak yang dikasihi, terima kasih kepada kalian yang membawa erti hidup buatku...tanpa kalian hidupku tidak akan seceria ini...

PERMATA HATI UMI & ABI


Inilah empat orang anakanda tersayang...

Yang sulong Dinie Syazwani bt Mohd Basil, berusia 25 tahun, sedang berkhidmat di Hospital Seberang Jaya P.Pinang sebagai doktor perubatan..Alhamdulillah...Bekas pelajar SMKA Al-Irshad, Kepala Batas, Pulau Pinang sejak dari ting.1 hingga 5...Pernah menjadi mahasiswi Universiti Malaya (Asasi Sains -Sains Hayat) selama 3 bulan sebelum mendapat tawaran ke Egypt sebelum ini...Telah bertemu jodoh dengan pasangannya Muhammad Zulfahmi bin Zulkifli seorang menantu yang sangat baik dan menyejukkan hati..Juga bertugas di hospital Seberang Jaya, Alhamdulillah...

Yang kedua Muhammad Syazwan b. Mohd Basil, berusia 22 tahun, bekas pelajar Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin Tumpat (Ting 1-3), juga di Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah, Kelantan(Ting 4) Menyambung pelajarannya ke Kolej Islam Sultan Alam Shah, Kelang (KISAS-SBT Ting.4&5)...
Telah menjadi al-Hafiz setelah ditauliahkan oleh dua orang pakar Qira'ati yang terkenal dari Madinah iaitu Dr Syeikh Muhammad Tamim Az-Zubki (Ahli Lajnah Pentashih Mashaf) di Masjid Nabawi, Madinah (27 Mei 2009) dan Dr Syeikh Abdul Wadud Hanif dari Universiti Ummul Qura, Makkah, di dalam Masjidil Haram (4 Jun 2009) semasa Program Lambaian Kaabah 2009 anjuran MTS Tumpat...
Seterusnya menyambung pelajaran dalam bidang Tahfiz selama satu setengah tahun di Darul Quran, JAKIM, Kuala Kubu Baru Selangor.
Kini sedang menuntut di CUCMS (Cyberjaya University College of Medical Sciences) jurusan Perubatan tahun ketiga...

Yang ketiga Muhammad Syazan b. Mohd Basil, berusia 19 tahun,
Bercita-cita untuk menjadi seorang Akauntan dan kini meyambung pelajaran dalam bidang ACCA (Professional Account) di KUPTM Cheras....Mudah2an cita-citanya tercapai..Sentiasa menjadikan abangnya sebagai idola..

Yang bongsu Muhammad Sayyidi b. Mohd Basil, menjelang usia 16 tahun, juga menjadikan abang-abangnya sebagai idola...Kini sedang menuntut di SABK al-Masriyah, Pulau Pinang...Akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2017..Semoga dia mewarisi karier bapanya...Ya Allah engkau rahmatilah dan peliharalah mereka, serta berikanlah kejayaan terbesar kepada mereka dunia dan akhirat...Amin


Umi sentiasa mengiringi hidup kalian dengan doa...

SEJARAH TAKWIM ISLAM

Posted by: Nor ' Azah bt Ismail

Latar belakang Takwim Islam:

BILANGAN bulan dalam kalendar Islam adalah sebanyak 12 bulan dalam setahun, iaitu 354 hari.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah 12 bulan di dalam ketetapan Allah di waktu Dia (Allah) menciptakan langit dan bumi."
(Surah At-Taubah:36)

Nama-nama bulan Islam dan pengertiannya:
  1. Muharam ertinya yang diharamkan. Di dalam bulan ini diharamkan berperang atau bermusuhan.
  2. Safar ertinya kosong. Di dalam bulan ini, orang-orang Arab di zaman Jahiliah biasanya meninggalkan kampung halaman masing-masing kerana berperang.
  3. Rabiulawal ertinya musim bunga yang pertama. Pada bulan ini pokok-pokok mula berbunga.
  4. Rabiulakhir ertinya musim bunga yang akhir. Bulan ini merupakan peringkat akhir bagi pokok-pokok berbunga.
  5. Jamadilawal ertinya permulaan musim sejuk.
  6. Jamaldilakhir ertinya musim sejuk yang akhir, salji-salji masih lagi kedapatan di sana sini.
  7. Rejab ertinya kebesaran. Bulan yang dimuliakan oleh masyarakat Jahiliah.
  8. Syaaban ertinya bercerai. Pada bulan ini biasanya orang-orang Arab Jahiliah meninggalkan kampung masing-masing pergi mencari sara hidup sama ada bertani atau pun berdagang keluar negeri.
  9. Ramadan ertinya bulan panas terik
  10. Syawal ertinya mencawat ekor. Biasanya unta betina mencari pasangan.
  11. Zulkaedah ertinya tempat duduk. Pada bulan ini semua orang duduk beristirehat di rumah masing-masing.
  12. Zulhijjah ertinya bulan haji. Pada bulan ini penduduk-penduduk di Semenanjung Arab berkunjung ke Kaabah di Mekah untuk mengerjakan ibadat haji mengikut kepercayaan masing-masing.

Nama-nama ini diambil daripada amalan masyarakat Arab sebelum Islam. Mereka menamakan bulan-bulan itu berdasarkan musim atau satu-satu peristiwa atau kejadian yang berlaku di dalam bulan- bulan itu.
Apabila Islam muncul nama-nama bulan yang diwarisi dari masyarakat Arab itu telah diterima dan diabdikan.
Empat bulan dari 12 bulan itu dikenali dengan nama bulan suci (Hurum). Bulan- bulan yang ditegahkan melakukan pembunuhan dan peperangan ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Firman Allah yang bermaksud: "Empat daripadanya bulan suci." (Surah At-Taubah: 36)
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Setahun mengandungi 12 bulan; 4 daripadanya suci - tiga bulan berturut-turut, Zulkaedah, Zulhijjah, dan Muharam dan satu bulan Rejab terletak di antara Jamdilakhir dengan Syaaban."


Peristiwa-peristiwa yang bersejarah:

Muharam:
Peristiwa Karbala iaitu pembunuhan Husain bin Ali, cucu nabi Muhammad.

Safar:
i)Nabi Muhammad bersama Abu Bakar bersembunyi di Gua Thor sebelum berhijrah ke Madinah.
ii) Nabi gering pada akhir bulan.

Rabiulawal:
Nabi Muhammad dilahirkan, dilantik menjadi Rasulullah, hijrah ke Madinah dan wafat.

Rejab:
Peristiwa Israk dan Mikraj dan sembahyang fardu disyariatkan.

Syaaban:
Kiblat diubah dari Masjidil Aqsa di Palestin ke Kaabah di Mekah.

Ramadan:

i)Turunnya ayat Al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad.
ii)Berlakunya perang Badar, perang yang pertama dalam sejarah Islam.
iii)Penaklukan Kota Mekah oleh umat Islam.

Syawal:
i)Berlakunya Perang Uhud.
ii)Bapa saudara Nabi Muhammad, Hamzah bin Abdul Mutalib, mati syahid di Uhud.

Zulhijjah:
Nabi Muhammad mengerjakan ibadat haji yang terkenal dengan nama "Hajjatul Wada', ertinya haji perpisahan.

This entry was posted on 11:14 AM .

SYAZWAN DI MEKAH DAN MADINAH 2009


Alhamdulillah...Cita2 anakku untuk menjadi seorang 'alhafiz' telah dimakbulkan Allah, kini beliau sedang berjuang untuk mencapai impiannya yang kedua.Mudah2an kejayaan mengiringinya...

JOHAN HAFAZAN PERINGKAT NEGERI SELANGOR (MTQ 2010)

ANUGERAH TUN YANG TERUTAMA (TYT) PULAU PINANG 2010

Sebagai Hafiz Termuda Pulau Pinang 2010

SYAZWAN DI SYRIA DISEMBER 2010

Mengikuti program pengantarabangsaan sekolah (KISAS)di Syria pada 5Disember hingga 10Disember 2010...

IHTIFAL MIIPA KEBANGSAAN 18 - 21 JULAI 2011

Naib Johan Hafazan - Muhammad Syazwan Mohd Basil dalam Majlis Ihtifal Institut Pendidikan Agama (MIIPA) peringkat Kebangsaan Kali Ke-1 di SMKA Kedah pada 18 - 21 Jul. 2011

DINIE DI CAIRO,EGYPT 2009

Dinie bergambar kenangan bersama rakan-rakan di Perantauan...Dirakamkan pada bulan November 2009.

DINIE DI ALEXANDRIA, EGYPT

DINIE DI LONDON 29 DISEMBER 2010 - JANUARI 2011

Kenangan anakku Dinie semasa di London, United Kingdom pada 29 Disember 2010 hingga 11 Januari 2011 ...Terselamat daripada kemelut rusuhan di Mesir kerana sedang menghabiskan cuti Musim Sejuk di kota London...Alhamdulillah, semuanya ketentuan Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...