GURU CEMERLANG PENDIDIKAN ISLAM SMKTBM

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, dapat juga saya membina blog sendiri, bukannya apa cuma ingin berkongsi maklumat dengan saudara / saudari dalam bidang pendidikan khususnya...Buat anak didikku, banyak yang ingin saya sampaikan kekadang tidak kesampaian, mungkin kerana kesibukan gurumu, tetapi percayalah saya tidak akan membiarkan kamu tanpa bimbingan...dan inilah salah satu cara kamu boleh mendapatkan ilmu...mudah2an ia membawa makna dalam hidup kalian...Moga Allah memberkati segala usaha murni kita ini..Amin..
Buat suami tersayang, anak-anak yang dikasihi, terima kasih kepada kalian yang membawa erti hidup buatku...tanpa kalian hidupku tidak akan seceria ini...

PERMATA HATI UMI & ABI


Inilah empat orang anakanda tersayang...

Yang sulong Dinie Syazwani bt Mohd Basil, berusia 25 tahun, sedang berkhidmat di Hospital Seberang Jaya P.Pinang sebagai doktor perubatan..Alhamdulillah...Bekas pelajar SMKA Al-Irshad, Kepala Batas, Pulau Pinang sejak dari ting.1 hingga 5...Pernah menjadi mahasiswi Universiti Malaya (Asasi Sains -Sains Hayat) selama 3 bulan sebelum mendapat tawaran ke Egypt sebelum ini...Telah bertemu jodoh dengan pasangannya Muhammad Zulfahmi bin Zulkifli seorang menantu yang sangat baik dan menyejukkan hati..Juga bertugas di hospital Seberang Jaya, Alhamdulillah...

Yang kedua Muhammad Syazwan b. Mohd Basil, berusia 22 tahun, bekas pelajar Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin Tumpat (Ting 1-3), juga di Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah, Kelantan(Ting 4) Menyambung pelajarannya ke Kolej Islam Sultan Alam Shah, Kelang (KISAS-SBT Ting.4&5)...
Telah menjadi al-Hafiz setelah ditauliahkan oleh dua orang pakar Qira'ati yang terkenal dari Madinah iaitu Dr Syeikh Muhammad Tamim Az-Zubki (Ahli Lajnah Pentashih Mashaf) di Masjid Nabawi, Madinah (27 Mei 2009) dan Dr Syeikh Abdul Wadud Hanif dari Universiti Ummul Qura, Makkah, di dalam Masjidil Haram (4 Jun 2009) semasa Program Lambaian Kaabah 2009 anjuran MTS Tumpat...
Seterusnya menyambung pelajaran dalam bidang Tahfiz selama satu setengah tahun di Darul Quran, JAKIM, Kuala Kubu Baru Selangor.
Kini sedang menuntut di CUCMS (Cyberjaya University College of Medical Sciences) jurusan Perubatan tahun ketiga...

Yang ketiga Muhammad Syazan b. Mohd Basil, berusia 19 tahun,
Bercita-cita untuk menjadi seorang Akauntan dan kini meyambung pelajaran dalam bidang ACCA (Professional Account) di KUPTM Cheras....Mudah2an cita-citanya tercapai..Sentiasa menjadikan abangnya sebagai idola..

Yang bongsu Muhammad Sayyidi b. Mohd Basil, menjelang usia 16 tahun, juga menjadikan abang-abangnya sebagai idola...Kini sedang menuntut di SABK al-Masriyah, Pulau Pinang...Akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2017..Semoga dia mewarisi karier bapanya...Ya Allah engkau rahmatilah dan peliharalah mereka, serta berikanlah kejayaan terbesar kepada mereka dunia dan akhirat...Amin


Umi sentiasa mengiringi hidup kalian dengan doa...

SUJUDLAH KEPADA PENCIPTAMU...

Posted by: Nor ' Azah bt Ismail

HIKMAH SUJUD...

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:

membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
melegakan sakit hernia (burut)
mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
melegakan paru-paru daripada ketegangan.
mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
meringankan bahagian pelvis.
memberi dorongan supaya mudah tidur.
menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
mengurangkan kegemukan.
pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions) .
organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Marilah kita sama-sama mengerjakan solat dengan khusyuk dan tawadduq kerana solat ialah tiang agama bagai orang Muslim.

SEJARAH TAKWIM ISLAM

Posted by: Nor ' Azah bt Ismail

Latar belakang Takwim Islam:

BILANGAN bulan dalam kalendar Islam adalah sebanyak 12 bulan dalam setahun, iaitu 354 hari.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah 12 bulan di dalam ketetapan Allah di waktu Dia (Allah) menciptakan langit dan bumi."
(Surah At-Taubah:36)

Nama-nama bulan Islam dan pengertiannya:
  1. Muharam ertinya yang diharamkan. Di dalam bulan ini diharamkan berperang atau bermusuhan.
  2. Safar ertinya kosong. Di dalam bulan ini, orang-orang Arab di zaman Jahiliah biasanya meninggalkan kampung halaman masing-masing kerana berperang.
  3. Rabiulawal ertinya musim bunga yang pertama. Pada bulan ini pokok-pokok mula berbunga.
  4. Rabiulakhir ertinya musim bunga yang akhir. Bulan ini merupakan peringkat akhir bagi pokok-pokok berbunga.
  5. Jamadilawal ertinya permulaan musim sejuk.
  6. Jamaldilakhir ertinya musim sejuk yang akhir, salji-salji masih lagi kedapatan di sana sini.
  7. Rejab ertinya kebesaran. Bulan yang dimuliakan oleh masyarakat Jahiliah.
  8. Syaaban ertinya bercerai. Pada bulan ini biasanya orang-orang Arab Jahiliah meninggalkan kampung masing-masing pergi mencari sara hidup sama ada bertani atau pun berdagang keluar negeri.
  9. Ramadan ertinya bulan panas terik
  10. Syawal ertinya mencawat ekor. Biasanya unta betina mencari pasangan.
  11. Zulkaedah ertinya tempat duduk. Pada bulan ini semua orang duduk beristirehat di rumah masing-masing.
  12. Zulhijjah ertinya bulan haji. Pada bulan ini penduduk-penduduk di Semenanjung Arab berkunjung ke Kaabah di Mekah untuk mengerjakan ibadat haji mengikut kepercayaan masing-masing.

Nama-nama ini diambil daripada amalan masyarakat Arab sebelum Islam. Mereka menamakan bulan-bulan itu berdasarkan musim atau satu-satu peristiwa atau kejadian yang berlaku di dalam bulan- bulan itu.
Apabila Islam muncul nama-nama bulan yang diwarisi dari masyarakat Arab itu telah diterima dan diabdikan.
Empat bulan dari 12 bulan itu dikenali dengan nama bulan suci (Hurum). Bulan- bulan yang ditegahkan melakukan pembunuhan dan peperangan ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Firman Allah yang bermaksud: "Empat daripadanya bulan suci." (Surah At-Taubah: 36)
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Setahun mengandungi 12 bulan; 4 daripadanya suci - tiga bulan berturut-turut, Zulkaedah, Zulhijjah, dan Muharam dan satu bulan Rejab terletak di antara Jamdilakhir dengan Syaaban."


Peristiwa-peristiwa yang bersejarah:

Muharam:
Peristiwa Karbala iaitu pembunuhan Husain bin Ali, cucu nabi Muhammad.

Safar:
i)Nabi Muhammad bersama Abu Bakar bersembunyi di Gua Thor sebelum berhijrah ke Madinah.
ii) Nabi gering pada akhir bulan.

Rabiulawal:
Nabi Muhammad dilahirkan, dilantik menjadi Rasulullah, hijrah ke Madinah dan wafat.

Rejab:
Peristiwa Israk dan Mikraj dan sembahyang fardu disyariatkan.

Syaaban:
Kiblat diubah dari Masjidil Aqsa di Palestin ke Kaabah di Mekah.

Ramadan:

i)Turunnya ayat Al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad.
ii)Berlakunya perang Badar, perang yang pertama dalam sejarah Islam.
iii)Penaklukan Kota Mekah oleh umat Islam.

Syawal:
i)Berlakunya Perang Uhud.
ii)Bapa saudara Nabi Muhammad, Hamzah bin Abdul Mutalib, mati syahid di Uhud.

Zulhijjah:
Nabi Muhammad mengerjakan ibadat haji yang terkenal dengan nama "Hajjatul Wada', ertinya haji perpisahan.

MENGENAI BULAN MUHARRAM

Posted by: Nor ' Azah bt Ismail

MUHARAM
MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.
Peristiwa-peristiwa penting:
Amalan-amalan sunat:
Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):
Kisah Hijrah:
Tentang Kaabah:
Nama-nama Kaabah:

PERISTIWA PENTING DI BULAN REJAB

Posted by: Nor ' Azah bt Ismail

Kita sudah memasuki bulan Rejab, satu bulan yang banyak berlaku peristiwa penting di dalamnya. Kekadang kita kurang mengetahui apakah peristiwa yang dilalui oleh Rasulullah dan para sahabat dalam usaha mereka memartabatkan Islam...sila klik di sini untuk mengetahuinya

FADHILAT BULAN ZULHIJJAH

Posted by: Nor ' Azah bt Ismail

Fadhilat Bulan Zulhijjah

Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata: Nabi SAW. bersabda yang bermaksud;
“Tiada sesuatu hari yang mana orang beramal soleh di dalamnya yang lebih disukai Allah daripada hari-hari ini(yakni permulaan Zulhijjah dari 1 hingga 10)”. Sahabat bertanya: “Walaupun jihad fisabiliLlah ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah SAW.; “Walaupun jihat fisabiliLlah kecuali seorang keluar dengan membawa semua hartanya dan tidak kembali sama sekali (yakni habis hartanya dan mati).”

10 Ganjaran Bagi Mereka Yang Memuliakan Zulhijjah

Kata sebahagian Ulama, "Barang siapa yang memuliakan hari-hari yang berlalu dalam bulan Zulhijjah, nescaya ia akan dianugerahi oleh Allah dengan 10 macam kemuliaan iaitu:
1. Berkat pada umurnya
2. Bertambah hartanya
3. Kehidupan rumahtangganya akan terjamin
4. Membersihkan diri daripada dosa dan kesalahan yang telah lalu
5. Amal ibadat serta kebaikannya akan berganda
6. Allah akan memudahkan pada saat kematiannya
7. Allah akan menerangi kuburnya selama berada di alam barzakh
8. Allah akan memberatkan timbangan amal baiknya semasa di Mahsyar
9. Selamat daripada kejatuhan kedudukannya di dunia
10. Martabatnya akan dinaikkan pada sisi Allah.

HARI
KELEBIHANNYA
1 Zulhijjah
Kesalahan Nabi Adam diampuni Allah, barang siapa berpuasa pada hari itu, diampuni Allah akan dosanya.
2 Zulhijjah
Doa Nabi Yunus diperkenankan oleh Allah, barangsiapa berpuasa pada hari itu seolah-olah ia berpuasa setahun dan tidak pernah berbuat maksiat sedikit pun.
3 Zulhijjah
Doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah, barangsiapa berpuasa pada hari itu, diperkenankan Allah segala doanya
4 Zulhijjah
Nabi Isa a.s. telah dilahirkan, barangsiapa berpuasa pada hari itu terhindar ia daripada kefakiran serta kemelaratan dan pada hari kiamat kelak ia akan tergolong bersama dengan orang-orang terhormat
5 Zulhijjah
Nabi Musa a.s. dilahirkan, barangsiapa berpuasa pada hari itu terlepas ia daripada sifat munafik serta seksa kubur.
6 Zulhijjah
Allah membukakan pintu kebajikan kepada Nabi-NabiNya, barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan dipandang oleh Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayang serta terlepas daripada azab.
7 Zulhijjah
Pintu neraka jahanam akan dikunci dan dibuka semula lewat 10 Zulhijjah. Barangsiapa berpuasa pada hari itu, dikuncikan Allah baginya 30 pintu kesulitan dan dibukakan 30 pintu kesenangan.
8 Zulhijjah
Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Ismail. Seharian ia berfikir apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari syaitan. Hari itu telah dinamakan dengan dari "Tarwiya" (Hari berfikir-fikir). Barangsiapa berpuasa pada hari itu ia akan diberi Allah pahala yang tidak terhitung jumlahnya, hanya Allah yang mengetahui.
9 Zulhijjah
Turun ayat terakhir kepada Rasulullah s.a.w. yang tersebut dalam surah Al-Ma'idah, ayat 3. Menurut sejarah, 81 hari setelah ayat ini diturunkan iaitu pada hari Jumaat tanggal 9 Zulhijjah Tahun 9 H ketika Nabi wukuf di Arafah, baginda pun wafat. Pada hari itu juga Allah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih anak itu sememangnya adalah perintah dariNya bukan dari syaitan. Justeru hari itu dinamakan hari "Arafah" (Hari tahu). Barangsiapa yang berpuasa pada hari itu akan diampunkan Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang
10 Zulhijjah
Adalah Hari Raya Aidil Adha (korban) dinamakan juga hari "Nahar" (menyembelih). Barangsiapa berkorban pada hari itu dengan seekor korban, maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan itu akan diampuni Allah akan dosanya serta dosa ahli keluarganya. Barangsiapa yang bersedekah dengan memberi makanan kepada fakir miskinatau satu sedekah pada hari itu, maka ia akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kemudian dalam keadaan aman dan sentosa serta timbangan amal baiknya lebih berat daripada Bukit Uhud yang terdapat di Madinah.

SEJARAH IBADAT HAJI

Posted by: Nor ' Azah bt Ismail

Dari segi sejarah, ibadah haji ialah syariat yang dibawa oleh junjungan Nabi kita Muhammad S.A.W. sebagai membaharui dan menyambung ajaran Nabi Allah Ibrahim A.S. Ibadat haji mula diwajibkan ke atas umat Islam pada tahun ke-6 Hijrah....Sila klik untuk seterusnya

KITAB RIYADHUS SOLEHIN ( IMAM NAWAWI )

Posted by: Nor ' Azah bt Ismail

Pelbagai huraian agama mengenai amalan seharian kita ada di sini...
BAB 1 - BAB 116

KEMUSYKILAN AGAMA

Posted by: Nor ' Azah bt Ismail

Soal jawab agama bersama Dr Harun Din al-Hafiz

HADIS 40

Posted by: Nor ' Azah bt Ismail

Hadis 40 sangat terkenal dalam bab huraian permasalahan dalam masyarakat kita...
Sila klik di sini untuk bacaan dan rujukan...

KRITERIA GURU YANG BAIK MENURUT IMAM AL-GHAZALI

Posted by: Nor ' Azah bt Ismail

Berusahalah untuk menjadi seorang guru yang baik. Nak tahu macamana? Sila klik di sini untuk download...

TAZKIRAH

Posted by: Nor ' Azah bt Ismail

  1. 10 jenis solat yang tidak diterima Allah
  2. 10 perkara yang mematikan hati
  3. 10 amalan yang terbalik
  4. 12 barisan di Akhirat
  5. Kisah berpisahnya roh dari jasad
  6. Golongan wanita yang diseksa di neraka
  7. Berdusta untuk memelihara hubungan
  8. Bayi tabung uji dan menggurkan anak
  9. 10 orang yang dilaknat kerana arak
  10. 15 maksiat yang menurunkan bala
  11. 10 laluan untuk manusia
  12. Punca anak derhaka
  13. 11 golongan masuk neraka
  14. 7 jenis wajah mayat di dalam kubur
  15. 4 lelaki ditarik ke neraka
  16. 3 cara syaitan perdaya anak Adam
  17. Hukum mengucapkan Merry Christmas
  18. Hukum mewarnakan rambut
  19. Ibadat korban boleh dilakukan sebanyak mungkin
  20. Ibu segala kejahatan
  21. Jalan ke syurga penuh duri

HIMPUNAN DOA-DOA UNTUK MAJLIS RASMI

Posted by: Nor ' Azah bt Ismail

TEKNIK MENJAWAB PENDIDIKAN ISLAM SPM (1223)

Posted by: Nor ' Azah bt Ismail

TEKNIK MENJAWAB SOALAN TASAWWUR ISLAM (5226)

Posted by: Nor ' Azah bt Ismail

NOTA LENGKAP TASAWWUR ISLAM TING.4 & 5

Posted by: Nor ' Azah bt Ismail

Photobucket

RISALAH RAMADHAN

Posted by: Nor ' Azah bt Ismail

Bulan Ramadhan

KEDAI NASYID ONLINE

Posted by: Nor ' Azah bt Ismail


SYAZWAN DI MEKAH DAN MADINAH 2009


Alhamdulillah...Cita2 anakku untuk menjadi seorang 'alhafiz' telah dimakbulkan Allah, kini beliau sedang berjuang untuk mencapai impiannya yang kedua.Mudah2an kejayaan mengiringinya...

JOHAN HAFAZAN PERINGKAT NEGERI SELANGOR (MTQ 2010)

ANUGERAH TUN YANG TERUTAMA (TYT) PULAU PINANG 2010

Sebagai Hafiz Termuda Pulau Pinang 2010

SYAZWAN DI SYRIA DISEMBER 2010

Mengikuti program pengantarabangsaan sekolah (KISAS)di Syria pada 5Disember hingga 10Disember 2010...

IHTIFAL MIIPA KEBANGSAAN 18 - 21 JULAI 2011

Naib Johan Hafazan - Muhammad Syazwan Mohd Basil dalam Majlis Ihtifal Institut Pendidikan Agama (MIIPA) peringkat Kebangsaan Kali Ke-1 di SMKA Kedah pada 18 - 21 Jul. 2011

DINIE DI CAIRO,EGYPT 2009

Dinie bergambar kenangan bersama rakan-rakan di Perantauan...Dirakamkan pada bulan November 2009.

DINIE DI ALEXANDRIA, EGYPT

DINIE DI LONDON 29 DISEMBER 2010 - JANUARI 2011

Kenangan anakku Dinie semasa di London, United Kingdom pada 29 Disember 2010 hingga 11 Januari 2011 ...Terselamat daripada kemelut rusuhan di Mesir kerana sedang menghabiskan cuti Musim Sejuk di kota London...Alhamdulillah, semuanya ketentuan Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...